In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful



13 October 2013

Accepting

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum ;)

Afraid. I'm afraid to lose you. I know there will no more laugh, no more nonsense, no more crazy, no more hugs, no more sulk, no more no more to see you. But there will still if  we still stay together. If we are not meant together more, I try to accept it. It's fate. I can't change anything. But, you must know that I always miss you even we are not together anymore. 

I hope that you too. Don't forget all our moments especially me. I hope that you still the same person that I used to know when I meet you again. Every one is chasing the success for their life. I won't mind cause I  also did it too. I don't know whether I can stay strong when each of us is leaving. Burst of tears maybe. I'm sorry  for whatever I had done for you. 

It is our choice. So we have to sacrifice it. It's for our future. When I'm not with you anymore, I hope you still remember, love and miss me. I wish good luck for you. Be independent cause I'm not there to help you, to console you, to accompany you anymore. I know we don't get the result yet. I wanna prepared and reming for myself. You don't even know that I have cried before because I know we will meet that moment.









09 October 2013

I am free from PMR xD

Alhamdulillah..
Syukur akhirnya dah selesai pun exam PMR.

This means no more : 
Kelas Tambahan Petang dan Malam 
Moh Kaut 'A'
Guide Learning Approach
5 Minit
15 Minute English
Latihan ekstra.



Jauh lubuk hati aku ni, waktu langkah keluar dewan rasa sesuatu yang buat aku tak percaya. PMR dah habis?? Mula lah aku terasa diri aku ni macam form 4. Aku rasa aku kecik lagi tambahan pulak aku ni memang kecik antara kawan kawan aku. 

Terasa pantas sangat masa berlalu. Lepas ni aku bakal jadi form 4 :O . Takut jugak aku nak hadapi form 4 ni. Dengan pelajarannya , dugaan yang bila bila boleh datang. Cikgu pun dah bagi taklimat tadi. Macam macam information yang dapat. Terima kasih cikgu. Tapi , apa apa pun aku berserah dan tawakal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat. Tak lupa juga buat yang lain. 


Alhamdulillah aku dapat keputusan yang baik untuk Percubaan PMR.
So , aku ambil keputusan untuk mintak MRSM Taiping. Aku tak mintak SBP. You know why? SBP banyak jauh jauh laaa. Siapa nak pick up aku nanti. Kesian Mak & Ayah aku. Walaupun keinginan tu dah ada , tapi aku ikut kemampuan. Buat keputusan dengan tepat. MRSM Taiping pilihan aku. Dekat , kalau ada hal senang and banyak lagi benefits. Dapat tak dapat , itu lain cerita. Doakan aku dan kawan kawan dapat masuk lah ye. Exam kena ambil 25/11/2013.  



Program lepas PMR. Aku harap akan jadi best dan happening. Tak mahu lah ada masalah dan tergendala. Semoga semuanya baik baik dan berjalan lancar. Tak sabar pun ada. Nanti nanti aku post untuk setiap program. In sha Allah. Itu pun kalau aku rasa rajin :P . 



WE USED TO TALK AND LAUGHING EVERYDAY , I KNOW I WILL MISS IT :')

12 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum

Here iffa. Lama betul tak update blog tercinta ni. Sebenarnya dah makin malas nak bukak blog ni. Entah. Mungkin sibuk dengan exam kan. Exam trial pun dah berlalu. Lagi satu subjek dapat minggu depan. Walaupun satu je lagi tetap takut wehh.

Raya tahun ni banyak sangat yang berbeza. Simple lah aku cakap. Banyak benda yang tak buat. Dan tak semeriah yang dulu dulu. Aku sendiri tak tahu kenapa. Tiap tiap tahun kitorang tangkap gambar. Tapi tahun ni first time tak tangkap gambar waktu hari raya. Kelam kabut sangat sampai tak sempat. Aku, pegang bunga api pun tak. :o

Homework. Oh tak. Banyak tak buat lagi. Duk tangguh tangguh je. Malas malas. hahahahaha pa nak jadi dengan aku ni. Apa apa pun aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. K byeeeeee :D



28 June 2013

PMR Is Getting Near

Assalamualaikum :)

Pmr dah makin dekat. Lagi 96 hari je. So, hati hati sahabtku. Jomlah kita rajinkan diri study bila ada masa terluang. Bukannya apa, masa kita tinggal sikit je bila ditolak dengan sekolah, kelas petang dan malam. Cuma berapa jam je yang kita ada. Cuba fikir. 


Aku sendiri pun malas. Lebih lebih lagi bila kat sekolah. Ada masa luang aku tidur, pergi berjalan, ataupun bersembang rancak. Wah, seronok betul aku ni. Sampai tak sedar, berjuta juta minit yang aku dah bazirkan selama ni. Kalau bersembang tu senang je nak dapat dosa. Bukannya aku sedar aku menyinggungkan perasaan orang atau mengumpat. Hah, tak ke naya. 


Result untuk PPT? Kalau nak tahu tanya secara peribadi lah ye. Tak mahu lah aku tulis kat sini. Tak nak dikata belagak dan menunjuk nunjuk. Tapi, bagi aku okay. Aku bersyukur sangat dapat result yang macam ni. Alhamdulillah.. Berkat usaha aku Allah pun berikan aku keputusan sebegini. 

Meh sini, aku nak bagitahu cara nak jadi budak yang cemerlang dan berjaya. Cuma mengikut andaian aku ja. Aku sendiri pun tak pernah nak perfect buat semua ni. Niat itu wajib ikhlas semata mata kerana Allah. Sebab semua yang kita buat hanyalah kerana Allah. 

1. SOLAT FARDHU. Ibadat yang sangat wajib. Mendekatkan diri pada Allah. 

2. BACA AL-QURAN. Untuk menerangkan dan menenangkan hati.

3. FIKIR POSITIF. Fikir yang kau boleh buat. Semangat mesti kental untuk bangun ambik buku ulangkaji.
    Kalau orang lain boleh buat, mesti kau pun boleh. Sayangi semua subjek walau disebabkan apa pun. 





4. HORMAT CIKGU. Siapa kita nak benci atau tak hormat cikgu. Dia yang banyak mencurahkan ilmu dan
    mengajar kita. Setakat kena marah pun nak benci. Padamlah dendam tu. Istighfar.

5. SAHABAT. Jangan gaduh-gaduh. Eratkan hubungan. Berbuat baiklah sesama insan. Tolong apa yang 
    kita tahu. Ajar sampai dia faham secara tak langsung kita pun ulangkaji sebenarnya. (Aku sayang sahabat 
    aku)



6. LUPAKAN PERASAAN ITU. 'LOVE'. Bukan maksud di sini tak boleh menyayangi. Maksudnya jangan couple. Jangan seronok sangat bercinta waktu waktu puncak ni. Melalaikan. Dapat yang playboy atau playgirl jawabnya lagi tension dan sedih. Buang masa nak nangis untuk orang jahat.



7. USAHA BERSUNGGUH - SUNGGUH. Lepas dah usaha, barulah berdoa apa yang kita hajatkan.

8. TAWAKAL. Siapa pun mesti akan cakap tawakal nilah cara yang paling last lepas dah usaha . Berserah 
    kepada Allah. Jangan berhenti berdoa.

Itu je kot yang aku boleh kongsi. Maaflah kalau ada salah. Ini sekadar andaian aku sahaja.  Byee ladies and gentlemen . ASSALAMUALAIKUM ;) 


GOOD LUCK ^^

23 June 2013

Time

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :) 
Hai semua ! Lagi berapa hari je kan nak puasa. Cepat ja masa berlalu. Mungkin terlalu sibuk kelas tambahan petang malam. Tapi aku still boleh bernafas dengan baik lagi, belum tahap memudaratkan. Penat dan letih itu harus terasa. Maklumlah sekolah Taman Tasik tengah berlumba lumba nak dapat kluster. 


Aku nak cakap pasal kawan ni. Aku rindu sangat dengan kawan aku yang lama. Bila tengok dorang dah ada kawan rapat yang baru, serius aku cemburu. Bukannya, aku tak bagi dia cari kawan, tapi aku rasa macam dia dapat kawan yang jauh lebih baik dari aku ni. Padahal aku pun sama jugak dah ada kawan rapat yang baru. Tapi yang pentingnya aku tak akan lupakan dorang.

 
Aku selalu terbayang kalau korang dah pindah waktu form 4 nanti, aku nak kawan dengan sapa. Nak kena kenal orang baru pulak. Dan aku selalu terfikir dapat ke aku cari kawan kawan yang gila gila macam korang. Disebabkan korang aku jadi lebih banyak cakap dan berani. Kalau korang pergi, semangat aku pun mesti pergi jugak.

 
Selalu jugak aku nangis terbayang semua tu. Then, masuk u nanti macam mana lah pulak kan? wah kemain jauh aku terbayang. Form 3 pun dah nak habis.........

 
Kali ni tulis blog, idea blur tak tau nak cakap apa dah 

18 April 2013

Kem Tahunan Perdana Krs :D

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum


Dua malam tak tidur atas katil tak jadi apa apa pun :P


Hari jumaat, aku barang-barang semua dah ready. Aku berangkat pergi tapak kem tu dalam pukul 2.40. Dalam perjalanan tu, aku tak tahu kenapa aku berdebar sangat sangat. Eksited? Kejutan tapak kem? Oh tak apa ni T.T . Sampai je kat sana, terus aku daftar diri. Waktu tu nak kata tak semua la yang dah ada kat situ. Aku dengan Lina duduk satu khemah dan khemah kitorang setentang dengan khemah Ada and the geng. Tercapai jugak hasrat aku nak duduk sebelah khemah su.  Weheee :3 

Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Hujan turun waktu kitorang tengah berhimpun kat kemah utama. Kitorang kelam kabut lari angkat tudung yang sidai and tutup khemah. Bila kitorang balik khemah, ujian datang khemah kitorang masuk air. Aku panik. Tapi nasib baik bertakung kat belah depan je. Aku terlupa nak tutup semua zip waktu nak hujan tu. ==

Malam tu, ada pertandingan uji minda. Aku dengan perasaan yang sangat malas, ngantuk dan tak fresh dan agak jauh. Time tepuk tangan aku pun ikut je lah. Tapi, bab bab sorak ni aku bersemangat teruih. Lagi satu ujian hari jumaat tu ada orang bagi pecah paip. So, kitorang kena tunggu sampai air ada balik Tak silap aku dalam pukul sebelas malam baru ada air. 

Pagi Sabtu tu baru aku mandi. Mandi pagi tu mandi pertama dan terakhir untuk tiga hari kat kem. Semua bau sama ja. Tak payah nak heran dah. Sembur perfume banyak banyak sekadar pelapis bau macam. Then, tak semena mena belum sarapan kena joging kat depan. Lepas tu baru dapat breakfast. 

Aktiviti pagi Sabtu 'jungle trekking'. Yang ni guwa eksited. Ada panjat kena pegang tali, ada batu batu licin dan kalau nak jalan tu kena sentiasa perhati bawah takut tersilap langkah. Yang memelikkan kena pakai beret waktu jungle trekking. Bila dah naik tinggi tinggi, bila pusing belakang memang gayat ah aku cakap. Dah sampai je kitorang pun yell dan rest kejap tunggu semua dah sampai. Baru boleh turun. Nak turun tu pun ambik masa lama. Dah lah sakit kaki mendaki lepas tu nak turun nak kena main brek kaki tu yang  tak tahan. 

Petang tu pulak ada masak medan. Buddyz yang tak terlibat semua melepak. Kinah pecah rekod makan 4 ais krim. Pakcik-pakcik yang jual jajan bijak mengambil peluang. Aku pun tumpang tumpang jugak makan n minum kongsi kongsi. 

Malam Ahad tu pulak ada malam bakat. Banyak company yang buat seram seram. 'Means make up dorang.
Terkejut aku tengok keluar kemah nampak muka dorang macam "joker". Tapi, Charlie comel sangat siap berskirt. Persembahan pun cute je. Awesome gila. Tapi, kawad tatu tak ada kem kali ni sebab tak cukup ruang aku rasa. Malam tu, company charlie makan oblong. Kenyang lah aku cakap. Menjilat jari. 

Pagi esok tu ada obstacles. Lepas tu ada majlis penutup. And kitorang balik pukul 12. 

Byeeeeeeeee ;)


Kem kat sekolah lagi best sebenarnya. Tapi, jungle trekking buat aku teruja dengan kem tahun ni. Rindu nak tengok kawad tatu.

24 March 2013

Last Moments

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :)



- Gadis 3 Razi (budak luar) 

Anda nampak gambar di atas. Eh macam kenal je kan. Gambar inilah yang jadi kenangan kami semua bila ustaz dah tak berkhidmat kat sekolah Taman Tasik yang superb happening ni. Kami semua rasa sebak sangat. Kami dah tak dapat nak dengar lawak ustaz, kecek ustaz dan terutamanya gaya dia yang selalu comel omg tu. 


Lepas perhimpunan hari Jumaat, terus buat majlis perpisahan dengan ustaz kat perhimpunan. Waktu ustaz Jamil tu pun aku dah mula rasa sebak. Then, bila ustaz Radzi start bagi ucapan, aku tak henti henti nangis. Tambah pulak, puteri dengan diana pun tak habis habis menangis. Kitorang memang menangis sepuas puasnya waktu ustaz berucap tu.  


Kitorang rasa macam kitorang yang beria ria menangis. Diana tak habis mengalir air mata dia kat pipi, puteri pun sama dan muka aku merah padam sebab menangis. Yang lain pun sama jugak. Tapi, banyak aku nampak yang tough tough especially lelaki lah kan. Tapi, dalam kerumun tu aku rasa ada je lelaki yang menangis.


Time bersalaman dengan ustaz, kaum lelaki didahulukan. Perempuan pulak bagi hadiah kelas kat ustaz dan sambil tu kitorang cakap dekat ustaz jangan lupakan kami dll. Kelas aku, 3 Razi bagi t-shirt dan budak asrama buat kad "In sha Allah kita jumpa lagi Ustaz Radzi. Haha waktu ni tak tahan ni. Dibah pegi tangkap gambar muka kitorang yang superb huduh itu. Agak agak lah nak candid waktu tu kan. Muka semua tengah blur plus sedih. kahkah :p  


Lepas dah siap siap semua tu. Aku sertai kelas 2 Razi tahun lepas. Razi jugak. Haaa, apa kitorang buat. Emmm..... Kitorang tangkap gambar dengan ustaz. Gambar yang dekat atas tu... *scroll atas kalau lupa. Hahah rindu duh kelas 2 Razi. Means, aku dah belajar setahun lebih dah dengan ustaz. Lama lah tu. Kan ? Kan ? ;)


Dan tak lupa jugak, Faizah sponsor kek untuk kelas ni makan sama sama dengan ustaz waktu rehat. Puu, kek tu sangat actract aku pasal warna coklat. Coklat adalah antara crush aku. Crush aku banyak. Kehkeh :3
So, waktu rehat kitorang pun berkumpul kat meja batu depan kelas 2 razi. Ustaz nyanyi sebaris lagu doa perpisahan waktu nak belah kek :/ Kek sedap. Nyum


Waktu balik aku, nurlina, puteri dengan najwa iring waktu ustaz nak balik sampai dekat kereta dia. Paku dengan paan tolong angkat hadiah hadiah ustaz masuk dalam but kereta. Dalam perjalanan dari bilik guru tu, dia suruh kitorang nyanyi lagu. Kitorang gelak gelak je. Then, ustaz nyanyi pelan pelan kitorang pun ikut sekali sampai yang kitorang hafal je. Hehe.. Dah siap letak barang, kitorang pesan jangan lupa kitorang, and ustaz pun cakap macam tu jugak. Kitorang pun beredar dari situ sambil cakap bye. Bye ustaz :)

Thank you for teaching me until I become more better than before.

21 March 2013

Perpisahan

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :)




Hi there ! Hihi ;) Hari ni mesti hari yang menyeramkan untuk kakak-kakak and abang-abang. Haha, hari ni result SPM keluar. Mana tak debarnya. Kalau aku pun rasa seram sejuk nak pengsan semua ada. PMR pun aku tak lepas lagi.


Kalau boleh, sekarang ni aku nak lebih tumpukan perhatian kat pelajaran dari benda remeh yang tak ada faedah pun. And aku pun nak istiqamah and tingkatkan lagi ibadat aku dekat Allah. Aku nak berubah menjadi insan yang lebih baik. Aku insaf dengan dosa yang aku dah buat :'(


Tadi cikgu ceramah kitorang sekelas waktu kelas terakhir. Cikgu cakap jangan couple sebab ganggu pelajaran dan result pun mungkin merosot. And cikgu pesan, kalau bercinta waktu dah masuk U tak apa sebab waktu tu kita dah dewasa. Buat masa sekarang ni, cikgu cakap jangan selalu fikir sangat pasal cinta semua ni. So, lepas cikgu cakap macam tu lagi hilanglah keinginan aku nak couple ni. Sabar je dulu. Jodoh pasti akan datang dan Allah mesti dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita.


Masuk tahun ni, dah dua tahun ustaz mengajar aku. Banyak pengajaran dan iktibar aku dapat dari kata kata ustaz. Daripada, aku seorang yang lemah imannya lebih lebih lagi nak solat, sekarang alhamdulillah aku dah berubah sedikit demi sedikit. Bulan kedua dia cakap dekat kitorang yang dia nak pergi. Aku pun pelik dan aku ingat ustaz main main. Tak, ustaz tak main main dia serius. Dia nak pindah sekolah agama and dia akan jadi penolong kanan tak silap aku. So, no reason dia nak tolak jawatan tu.


Tadi, waktu perhimpunan dia bagi serangkap pantun, mengalir air mata aku. Esok hari terakhir dia mengajar Sekolah Taman Tasik. Dia akan pergi dan tak ajar kitorang dah. Kitorang mesti akan rindukan kecek Terengganu, lawak, dan perli ustaz. Aku tengok Puteri paling sedih. Sabarlah puteri, kami ada. Nanti waktu masa agama, mesti terngiang ngiang and teringat je kat ustaz. Aku ingat lagi waktu form one , ustaz bagi sepuluh ringgit kat kitorang berempat sebab menang lari past baten empat ratus meter ;'(
Bye , Assalamualaikum. Salam sayang semua
Esok ;'(

14 March 2013

Take a deep breath

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum :)



Yeyy habis exam harini macam dah habis PMR. Tak patut tak patut. Sure lah happy. Asyik khusyuk je buat ulangkaji. Ceh padahal aku gelak gelak lagi waktu study dgn dorang. *Kita belajar rilek2 cukup. Aik aik macam pernah dengar kan :p. K stop. Tak lawak punggg..

Kerja kursus banyak aaahh. Meh ah kalau sapa sapa nak tolong. Dialu alukan. Folio macam macam.Pening kepala aku. Buat jelah yang penting penting dulu. 

Aku sabar je lah. Dah form 3 memang lah kena push. Aku paham. Petang tadi ada pertandingan bahas. Aku ucapkan tahniah untuk TMGS sebab menang usul tadi. Mungkin bukan rezeki kitorang menang.

Salam sayang, Bye