In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
28 June 2013
PMR Is Getting Near
Assalamualaikum :)
Pmr dah makin dekat. Lagi 96 hari je. So, hati hati sahabtku. Jomlah kita rajinkan diri study bila ada masa terluang. Bukannya apa, masa kita tinggal sikit je bila ditolak dengan sekolah, kelas petang dan malam. Cuma berapa jam je yang kita ada. Cuba fikir.
Aku sendiri pun malas. Lebih lebih lagi bila kat sekolah. Ada masa luang aku tidur, pergi berjalan, ataupun bersembang rancak. Wah, seronok betul aku ni. Sampai tak sedar, berjuta juta minit yang aku dah bazirkan selama ni. Kalau bersembang tu senang je nak dapat dosa. Bukannya aku sedar aku menyinggungkan perasaan orang atau mengumpat. Hah, tak ke naya.
Result untuk PPT? Kalau nak tahu tanya secara peribadi lah ye. Tak mahu lah aku tulis kat sini. Tak nak dikata belagak dan menunjuk nunjuk. Tapi, bagi aku okay. Aku bersyukur sangat dapat result yang macam ni. Alhamdulillah.. Berkat usaha aku Allah pun berikan aku keputusan sebegini.
Meh sini, aku nak bagitahu cara nak jadi budak yang cemerlang dan berjaya. Cuma mengikut andaian aku ja. Aku sendiri pun tak pernah nak perfect buat semua ni. Niat itu wajib ikhlas semata mata kerana Allah. Sebab semua yang kita buat hanyalah kerana Allah.
1. SOLAT FARDHU. Ibadat yang sangat wajib. Mendekatkan diri pada Allah.
2. BACA AL-QURAN. Untuk menerangkan dan menenangkan hati.
3. FIKIR POSITIF. Fikir yang kau boleh buat. Semangat mesti kental untuk bangun ambik buku ulangkaji.
Kalau orang lain boleh buat, mesti kau pun boleh. Sayangi semua subjek walau disebabkan apa pun.
4. HORMAT CIKGU. Siapa kita nak benci atau tak hormat cikgu. Dia yang banyak mencurahkan ilmu dan
5. SAHABAT. Jangan gaduh-gaduh. Eratkan hubungan. Berbuat baiklah sesama insan. Tolong apa yang
kita tahu. Ajar sampai dia faham secara tak langsung kita pun ulangkaji sebenarnya. (Aku sayang sahabat
aku)
6. LUPAKAN PERASAAN ITU. 'LOVE'. Bukan maksud di sini tak boleh menyayangi. Maksudnya jangan couple. Jangan seronok sangat bercinta waktu waktu puncak ni. Melalaikan. Dapat yang playboy atau playgirl jawabnya lagi tension dan sedih. Buang masa nak nangis untuk orang jahat.
7. USAHA BERSUNGGUH - SUNGGUH. Lepas dah usaha, barulah berdoa apa yang kita hajatkan.
8. TAWAKAL. Siapa pun mesti akan cakap tawakal nilah cara yang paling last lepas dah usaha . Berserah
kepada Allah. Jangan berhenti berdoa.
Itu je kot yang aku boleh kongsi. Maaflah kalau ada salah. Ini sekadar andaian aku sahaja. Byee ladies and gentlemen . ASSALAMUALAIKUM ;)