In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful



24 March 2013

Last Moments

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :)



- Gadis 3 Razi (budak luar) 

Anda nampak gambar di atas. Eh macam kenal je kan. Gambar inilah yang jadi kenangan kami semua bila ustaz dah tak berkhidmat kat sekolah Taman Tasik yang superb happening ni. Kami semua rasa sebak sangat. Kami dah tak dapat nak dengar lawak ustaz, kecek ustaz dan terutamanya gaya dia yang selalu comel omg tu. 


Lepas perhimpunan hari Jumaat, terus buat majlis perpisahan dengan ustaz kat perhimpunan. Waktu ustaz Jamil tu pun aku dah mula rasa sebak. Then, bila ustaz Radzi start bagi ucapan, aku tak henti henti nangis. Tambah pulak, puteri dengan diana pun tak habis habis menangis. Kitorang memang menangis sepuas puasnya waktu ustaz berucap tu.  


Kitorang rasa macam kitorang yang beria ria menangis. Diana tak habis mengalir air mata dia kat pipi, puteri pun sama dan muka aku merah padam sebab menangis. Yang lain pun sama jugak. Tapi, banyak aku nampak yang tough tough especially lelaki lah kan. Tapi, dalam kerumun tu aku rasa ada je lelaki yang menangis.


Time bersalaman dengan ustaz, kaum lelaki didahulukan. Perempuan pulak bagi hadiah kelas kat ustaz dan sambil tu kitorang cakap dekat ustaz jangan lupakan kami dll. Kelas aku, 3 Razi bagi t-shirt dan budak asrama buat kad "In sha Allah kita jumpa lagi Ustaz Radzi. Haha waktu ni tak tahan ni. Dibah pegi tangkap gambar muka kitorang yang superb huduh itu. Agak agak lah nak candid waktu tu kan. Muka semua tengah blur plus sedih. kahkah :p  


Lepas dah siap siap semua tu. Aku sertai kelas 2 Razi tahun lepas. Razi jugak. Haaa, apa kitorang buat. Emmm..... Kitorang tangkap gambar dengan ustaz. Gambar yang dekat atas tu... *scroll atas kalau lupa. Hahah rindu duh kelas 2 Razi. Means, aku dah belajar setahun lebih dah dengan ustaz. Lama lah tu. Kan ? Kan ? ;)


Dan tak lupa jugak, Faizah sponsor kek untuk kelas ni makan sama sama dengan ustaz waktu rehat. Puu, kek tu sangat actract aku pasal warna coklat. Coklat adalah antara crush aku. Crush aku banyak. Kehkeh :3
So, waktu rehat kitorang pun berkumpul kat meja batu depan kelas 2 razi. Ustaz nyanyi sebaris lagu doa perpisahan waktu nak belah kek :/ Kek sedap. Nyum


Waktu balik aku, nurlina, puteri dengan najwa iring waktu ustaz nak balik sampai dekat kereta dia. Paku dengan paan tolong angkat hadiah hadiah ustaz masuk dalam but kereta. Dalam perjalanan dari bilik guru tu, dia suruh kitorang nyanyi lagu. Kitorang gelak gelak je. Then, ustaz nyanyi pelan pelan kitorang pun ikut sekali sampai yang kitorang hafal je. Hehe.. Dah siap letak barang, kitorang pesan jangan lupa kitorang, and ustaz pun cakap macam tu jugak. Kitorang pun beredar dari situ sambil cakap bye. Bye ustaz :)

Thank you for teaching me until I become more better than before.

21 March 2013

Perpisahan

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :)




Hi there ! Hihi ;) Hari ni mesti hari yang menyeramkan untuk kakak-kakak and abang-abang. Haha, hari ni result SPM keluar. Mana tak debarnya. Kalau aku pun rasa seram sejuk nak pengsan semua ada. PMR pun aku tak lepas lagi.


Kalau boleh, sekarang ni aku nak lebih tumpukan perhatian kat pelajaran dari benda remeh yang tak ada faedah pun. And aku pun nak istiqamah and tingkatkan lagi ibadat aku dekat Allah. Aku nak berubah menjadi insan yang lebih baik. Aku insaf dengan dosa yang aku dah buat :'(


Tadi cikgu ceramah kitorang sekelas waktu kelas terakhir. Cikgu cakap jangan couple sebab ganggu pelajaran dan result pun mungkin merosot. And cikgu pesan, kalau bercinta waktu dah masuk U tak apa sebab waktu tu kita dah dewasa. Buat masa sekarang ni, cikgu cakap jangan selalu fikir sangat pasal cinta semua ni. So, lepas cikgu cakap macam tu lagi hilanglah keinginan aku nak couple ni. Sabar je dulu. Jodoh pasti akan datang dan Allah mesti dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita.


Masuk tahun ni, dah dua tahun ustaz mengajar aku. Banyak pengajaran dan iktibar aku dapat dari kata kata ustaz. Daripada, aku seorang yang lemah imannya lebih lebih lagi nak solat, sekarang alhamdulillah aku dah berubah sedikit demi sedikit. Bulan kedua dia cakap dekat kitorang yang dia nak pergi. Aku pun pelik dan aku ingat ustaz main main. Tak, ustaz tak main main dia serius. Dia nak pindah sekolah agama and dia akan jadi penolong kanan tak silap aku. So, no reason dia nak tolak jawatan tu.


Tadi, waktu perhimpunan dia bagi serangkap pantun, mengalir air mata aku. Esok hari terakhir dia mengajar Sekolah Taman Tasik. Dia akan pergi dan tak ajar kitorang dah. Kitorang mesti akan rindukan kecek Terengganu, lawak, dan perli ustaz. Aku tengok Puteri paling sedih. Sabarlah puteri, kami ada. Nanti waktu masa agama, mesti terngiang ngiang and teringat je kat ustaz. Aku ingat lagi waktu form one , ustaz bagi sepuluh ringgit kat kitorang berempat sebab menang lari past baten empat ratus meter ;'(
Bye , Assalamualaikum. Salam sayang semua
Esok ;'(

14 March 2013

Take a deep breath

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum :)



Yeyy habis exam harini macam dah habis PMR. Tak patut tak patut. Sure lah happy. Asyik khusyuk je buat ulangkaji. Ceh padahal aku gelak gelak lagi waktu study dgn dorang. *Kita belajar rilek2 cukup. Aik aik macam pernah dengar kan :p. K stop. Tak lawak punggg..

Kerja kursus banyak aaahh. Meh ah kalau sapa sapa nak tolong. Dialu alukan. Folio macam macam.Pening kepala aku. Buat jelah yang penting penting dulu. 

Aku sabar je lah. Dah form 3 memang lah kena push. Aku paham. Petang tadi ada pertandingan bahas. Aku ucapkan tahniah untuk TMGS sebab menang usul tadi. Mungkin bukan rezeki kitorang menang.

Salam sayang, Bye