Assalamualaikum :)
- Gadis 3 Razi (budak luar)
Anda nampak gambar di atas. Eh macam kenal je kan. Gambar inilah yang jadi kenangan kami semua bila ustaz dah tak berkhidmat kat sekolah Taman Tasik yang superb happening ni. Kami semua rasa sebak sangat. Kami dah tak dapat nak dengar lawak ustaz, kecek ustaz dan terutamanya gaya dia yang selalu comel omg tu.
Lepas perhimpunan hari Jumaat, terus buat majlis perpisahan dengan ustaz kat perhimpunan. Waktu ustaz Jamil tu pun aku dah mula rasa sebak. Then, bila ustaz Radzi start bagi ucapan, aku tak henti henti nangis. Tambah pulak, puteri dengan diana pun tak habis habis menangis. Kitorang memang menangis sepuas puasnya waktu ustaz berucap tu.
Kitorang rasa macam kitorang yang beria ria menangis. Diana tak habis mengalir air mata dia kat pipi, puteri pun sama dan muka aku merah padam sebab menangis. Yang lain pun sama jugak. Tapi, banyak aku nampak yang tough tough especially lelaki lah kan. Tapi, dalam kerumun tu aku rasa ada je lelaki yang menangis.
Time bersalaman dengan ustaz, kaum lelaki didahulukan. Perempuan pulak bagi hadiah kelas kat ustaz dan sambil tu kitorang cakap dekat ustaz jangan lupakan kami dll. Kelas aku, 3 Razi bagi t-shirt dan budak asrama buat kad "In sha Allah kita jumpa lagi Ustaz Radzi. Haha waktu ni tak tahan ni. Dibah pegi tangkap gambar muka kitorang yang superb huduh itu. Agak agak lah nak candid waktu tu kan. Muka semua tengah blur plus sedih. kahkah :p
Lepas dah siap siap semua tu. Aku sertai kelas 2 Razi tahun lepas. Razi jugak. Haaa, apa kitorang buat. Emmm..... Kitorang tangkap gambar dengan ustaz. Gambar yang dekat atas tu... *scroll atas kalau lupa. Hahah rindu duh kelas 2 Razi. Means, aku dah belajar setahun lebih dah dengan ustaz. Lama lah tu. Kan ? Kan ? ;)
Dan tak lupa jugak, Faizah sponsor kek untuk kelas ni makan sama sama dengan ustaz waktu rehat. Puu, kek tu sangat actract aku pasal warna coklat. Coklat adalah antara crush aku. Crush aku banyak. Kehkeh :3
So, waktu rehat kitorang pun berkumpul kat meja batu depan kelas 2 razi. Ustaz nyanyi sebaris lagu doa perpisahan waktu nak belah kek :/ Kek sedap. Nyum
Waktu balik aku, nurlina, puteri dengan najwa iring waktu ustaz nak balik sampai dekat kereta dia. Paku dengan paan tolong angkat hadiah hadiah ustaz masuk dalam but kereta. Dalam perjalanan dari bilik guru tu, dia suruh kitorang nyanyi lagu. Kitorang gelak gelak je. Then, ustaz nyanyi pelan pelan kitorang pun ikut sekali sampai yang kitorang hafal je. Hehe.. Dah siap letak barang, kitorang pesan jangan lupa kitorang, and ustaz pun cakap macam tu jugak. Kitorang pun beredar dari situ sambil cakap bye. Bye ustaz :)
Thank you for teaching me until I become more better than before.

