Assalamualaikum
Dua malam tak tidur atas katil tak jadi apa apa pun :P
Hari jumaat, aku barang-barang semua dah ready. Aku berangkat pergi tapak kem tu dalam pukul 2.40. Dalam perjalanan tu, aku tak tahu kenapa aku berdebar sangat sangat. Eksited? Kejutan tapak kem? Oh tak apa ni T.T . Sampai je kat sana, terus aku daftar diri. Waktu tu nak kata tak semua la yang dah ada kat situ. Aku dengan Lina duduk satu khemah dan khemah kitorang setentang dengan khemah Ada and the geng. Tercapai jugak hasrat aku nak duduk sebelah khemah su. Weheee :3
Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Hujan turun waktu kitorang tengah berhimpun kat kemah utama. Kitorang kelam kabut lari angkat tudung yang sidai and tutup khemah. Bila kitorang balik khemah, ujian datang khemah kitorang masuk air. Aku panik. Tapi nasib baik bertakung kat belah depan je. Aku terlupa nak tutup semua zip waktu nak hujan tu. ==
Malam tu, ada pertandingan uji minda. Aku dengan perasaan yang sangat malas, ngantuk dan tak fresh dan agak jauh. Time tepuk tangan aku pun ikut je lah. Tapi, bab bab sorak ni aku bersemangat teruih. Lagi satu ujian hari jumaat tu ada orang bagi pecah paip. So, kitorang kena tunggu sampai air ada balik Tak silap aku dalam pukul sebelas malam baru ada air.
Pagi Sabtu tu baru aku mandi. Mandi pagi tu mandi pertama dan terakhir untuk tiga hari kat kem. Semua bau sama ja. Tak payah nak heran dah. Sembur perfume banyak banyak sekadar pelapis bau macam. Then, tak semena mena belum sarapan kena joging kat depan. Lepas tu baru dapat breakfast.
Aktiviti pagi Sabtu 'jungle trekking'. Yang ni guwa eksited. Ada panjat kena pegang tali, ada batu batu licin dan kalau nak jalan tu kena sentiasa perhati bawah takut tersilap langkah. Yang memelikkan kena pakai beret waktu jungle trekking. Bila dah naik tinggi tinggi, bila pusing belakang memang gayat ah aku cakap. Dah sampai je kitorang pun yell dan rest kejap tunggu semua dah sampai. Baru boleh turun. Nak turun tu pun ambik masa lama. Dah lah sakit kaki mendaki lepas tu nak turun nak kena main brek kaki tu yang tak tahan.
Petang tu pulak ada masak medan. Buddyz yang tak terlibat semua melepak. Kinah pecah rekod makan 4 ais krim. Pakcik-pakcik yang jual jajan bijak mengambil peluang. Aku pun tumpang tumpang jugak makan n minum kongsi kongsi.
Malam Ahad tu pulak ada malam bakat. Banyak company yang buat seram seram. 'Means make up dorang.
Terkejut aku tengok keluar kemah nampak muka dorang macam "joker". Tapi, Charlie comel sangat siap berskirt. Persembahan pun cute je. Awesome gila. Tapi, kawad tatu tak ada kem kali ni sebab tak cukup ruang aku rasa. Malam tu, company charlie makan oblong. Kenyang lah aku cakap. Menjilat jari.
Pagi esok tu ada obstacles. Lepas tu ada majlis penutup. And kitorang balik pukul 12.
Byeeeeeeeee ;)
Kem kat sekolah lagi best sebenarnya. Tapi, jungle trekking buat aku teruja dengan kem tahun ni. Rindu nak tengok kawad tatu.

