In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful



28 June 2013

PMR Is Getting Near

Assalamualaikum :)

Pmr dah makin dekat. Lagi 96 hari je. So, hati hati sahabtku. Jomlah kita rajinkan diri study bila ada masa terluang. Bukannya apa, masa kita tinggal sikit je bila ditolak dengan sekolah, kelas petang dan malam. Cuma berapa jam je yang kita ada. Cuba fikir. 


Aku sendiri pun malas. Lebih lebih lagi bila kat sekolah. Ada masa luang aku tidur, pergi berjalan, ataupun bersembang rancak. Wah, seronok betul aku ni. Sampai tak sedar, berjuta juta minit yang aku dah bazirkan selama ni. Kalau bersembang tu senang je nak dapat dosa. Bukannya aku sedar aku menyinggungkan perasaan orang atau mengumpat. Hah, tak ke naya. 


Result untuk PPT? Kalau nak tahu tanya secara peribadi lah ye. Tak mahu lah aku tulis kat sini. Tak nak dikata belagak dan menunjuk nunjuk. Tapi, bagi aku okay. Aku bersyukur sangat dapat result yang macam ni. Alhamdulillah.. Berkat usaha aku Allah pun berikan aku keputusan sebegini. 

Meh sini, aku nak bagitahu cara nak jadi budak yang cemerlang dan berjaya. Cuma mengikut andaian aku ja. Aku sendiri pun tak pernah nak perfect buat semua ni. Niat itu wajib ikhlas semata mata kerana Allah. Sebab semua yang kita buat hanyalah kerana Allah. 

1. SOLAT FARDHU. Ibadat yang sangat wajib. Mendekatkan diri pada Allah. 

2. BACA AL-QURAN. Untuk menerangkan dan menenangkan hati.

3. FIKIR POSITIF. Fikir yang kau boleh buat. Semangat mesti kental untuk bangun ambik buku ulangkaji.
    Kalau orang lain boleh buat, mesti kau pun boleh. Sayangi semua subjek walau disebabkan apa pun. 





4. HORMAT CIKGU. Siapa kita nak benci atau tak hormat cikgu. Dia yang banyak mencurahkan ilmu dan
    mengajar kita. Setakat kena marah pun nak benci. Padamlah dendam tu. Istighfar.

5. SAHABAT. Jangan gaduh-gaduh. Eratkan hubungan. Berbuat baiklah sesama insan. Tolong apa yang 
    kita tahu. Ajar sampai dia faham secara tak langsung kita pun ulangkaji sebenarnya. (Aku sayang sahabat 
    aku)



6. LUPAKAN PERASAAN ITU. 'LOVE'. Bukan maksud di sini tak boleh menyayangi. Maksudnya jangan couple. Jangan seronok sangat bercinta waktu waktu puncak ni. Melalaikan. Dapat yang playboy atau playgirl jawabnya lagi tension dan sedih. Buang masa nak nangis untuk orang jahat.



7. USAHA BERSUNGGUH - SUNGGUH. Lepas dah usaha, barulah berdoa apa yang kita hajatkan.

8. TAWAKAL. Siapa pun mesti akan cakap tawakal nilah cara yang paling last lepas dah usaha . Berserah 
    kepada Allah. Jangan berhenti berdoa.

Itu je kot yang aku boleh kongsi. Maaflah kalau ada salah. Ini sekadar andaian aku sahaja.  Byee ladies and gentlemen . ASSALAMUALAIKUM ;) 


GOOD LUCK ^^

23 June 2013

Time

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :) 
Hai semua ! Lagi berapa hari je kan nak puasa. Cepat ja masa berlalu. Mungkin terlalu sibuk kelas tambahan petang malam. Tapi aku still boleh bernafas dengan baik lagi, belum tahap memudaratkan. Penat dan letih itu harus terasa. Maklumlah sekolah Taman Tasik tengah berlumba lumba nak dapat kluster. 


Aku nak cakap pasal kawan ni. Aku rindu sangat dengan kawan aku yang lama. Bila tengok dorang dah ada kawan rapat yang baru, serius aku cemburu. Bukannya, aku tak bagi dia cari kawan, tapi aku rasa macam dia dapat kawan yang jauh lebih baik dari aku ni. Padahal aku pun sama jugak dah ada kawan rapat yang baru. Tapi yang pentingnya aku tak akan lupakan dorang.

 
Aku selalu terbayang kalau korang dah pindah waktu form 4 nanti, aku nak kawan dengan sapa. Nak kena kenal orang baru pulak. Dan aku selalu terfikir dapat ke aku cari kawan kawan yang gila gila macam korang. Disebabkan korang aku jadi lebih banyak cakap dan berani. Kalau korang pergi, semangat aku pun mesti pergi jugak.

 
Selalu jugak aku nangis terbayang semua tu. Then, masuk u nanti macam mana lah pulak kan? wah kemain jauh aku terbayang. Form 3 pun dah nak habis.........

 
Kali ni tulis blog, idea blur tak tau nak cakap apa dah