In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful



06 May 2016

Ubah Diri Sendiri

Credit to Pimpin Aku Ke Syurga - Afdholul Rahman

Mustahil kita akan menjadi lebih baik jika kita tidak berusaha menggerakkan diri menempuh kepayahan. Sedangkan jika mahu berjaya dalam peperiksaan pun, perlu angkat pensel dan ulangkaji pelajaran. Takkanlah, jika mahu melakukan perubahan sikap, dari kurang baik menjadi lebih baik, kita buat sambil lewa sahaja?

Kereta mustahil akan bergerak, jika tiada yang memandunya. Kayu pun mustahil bernilai tinggi jika tidak diproses. 

Maka, diri kita lebih-lebih lagilah. Mustahil kita akan menjadi lebih baik dan bernilai jika kita sendiri tak berusaha ke arahnya. 

Allah berfirman yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Ra'du:11)

Kita tidak disuruh merungkai takdir Allah. Bukan itu kerja kita. Tetapi yang disuruh adalah merungkai apa yang ada dalam diri kita. 

Kita tidak disuruh mengubah takdir kerana memang kita tidak mampu dan memang tidak tahu pun. Tetapi, yang kita mampu lakukan adalah mengubah apa yang ada pada diri kita. Sikap kita, kesungguhan kita, itu yang kita boleh ubah. 

Tidak perlua cakap banyak, cuma perlu bangun dan gerakkan diri untuk ubah apa yang ada dalam diri.