In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful



02 May 2016

Penat lelah sebagai seorang iffa


Penat lelah yang aku nak cakap ni takde kena mengena dengan membasuh baju ke, menoreh getah ke, mengait kelapa dan sewaktu dengannya. Penat lelah yang aku nak berkongsi ni sebenarnya penat lelah aku dalam belajar terkedek kedek. 

Mungkin penat lelah aku tak lah seberapa tapi mana tahu kot kot ada yang boleh membuatkan pengalaman aku ni sebagai semangat untuk terus "move on"(tiada kaitan dengan jantina) 

Aku ni nak kata pandai sangat pun tak. Latar belakang keluarga aku pun bukanlah hebat hebat. Biasa biasa je. Waktu aku sekolah dulu aku ni memang jenis lambat pick up. So memang menjadi suatu masalah la bagi aku. Balik rumah aku jadi blur je. So everytime ad homework aku terpaksa tanya mak ayah aku. Waktu tu darjah 1 darjah 2 boleh la tolong. 

Lepas umur aku dah meningkat makin susah pulak. Mak aku pun bukannya terer sangat begitulah jugak dengan ayah aku. Aku sampai menangis waktu tu sebab aku tak boleh nak jawab soalan sains dalam homework yg cikgu bagi. And I feel that pain. Pain when you don't know even a single thing and you cannot rely on your family. 

Aku ada jiran. Rumahnya mungkin dalam 100 meter dari rumah aku. Mungkin sebab aku pun dah tak ingat. Dia budak India. Aku selalu pergi ke rumah dia dengan membonceng motor skuter yang dibawa oleh mak aku. Hampir setiap hari aku ke sana untuk bertanya soalan soalan sebab none of it aku boleh jawab. 

Disebabkan kesusahan yang aku rasa, aku memang tekad nak belajar betul betul. Banyak kali aku menangis sebab asyik salah dan tak faham. Because it's really sick when you are not able to do something while people can. Aku buat homework aku lepas tu aku hadam betul betul betul. Dan akhirnya aku berjaya pergi ke kelas pertama. Rupanya aku sendiri dah memintas jiran aku.

Aku sangat seronok. I don't know why but I always feel that succesful always giving me happiness and satisfication. Betullah, baru aku sedar, sebenarnya semua orang sama sahaja. Semua orang rasa benda tu susah, yang membezakan cuma orang A dia terus berusaha untuk bagi faham dan orang B dia berhenti setakat yang dia mampu sahaja. 

Cuma rugi aku tak sedar benda ni sebelum SPM. Tapi dah rezeki aku sampai situ saja Allah cakap. Mungkin rezeki aku bukan kali ni. Allah nak bagi aku merasa di bawah semula supaya aku sedar dan kenal erti syukur.

Remember this "There is no limit in learning, there will always a wall you have to climb, so please don't quit"